Tuesday 12 March 2024

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU 1/2024 (SESI PETANG)

Hari : Isnin 

Tarikh : 11 MAC 2024

Masa : 5:50 - 6:20 petang 

Tempat :  Dewan SK Desa Pinggiran Putra 


SENARAI GURU BERTUGAS PADA MINGGU INI: 

1. SYAJARATUDDUR BINTI MAHAMOD

2. NUR AFIQAH BINTI ADENAN

3. INTAN NAZIRA BINTI BAHRI 

4. FATIN HABIBAH BINTI MAZLAN

5. SHA’AZRINA BINTI MOHD IMRAN

6. SURAYA BINTI MD SAAD 

7. MOHD AZIZUN SAURI BIN AZIZ

8. MOHD MUSLIHUDDIN BIN MOHD NOOR


LAPORAN PERHIMPUNAN 

1. Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. 

2. Bacaan Doa oleh Ustaz Azrul Izzat. 


AKTIVITI / PROGRAM

Program Minggu Pembukaan Persekolahan

- Minggu pertama ini merupakan minggu bukan akademik seperti yang disarankan oleh KPM bagi menarik minat murid ke sekolah.


UCAPAN PK PETANG

1. PK Petang , En Amir Hamzah mengucapkan selamat datang kepada murid-murid yang hadir bagi sesi petang untuk 2024/2025.

2. PK Petang menerangkan minggu pertama ini merupakan bukan minggu akademik.

3. PK Petang juga menerangkan perjalanan program sepanjang seminggu yang akan dijalankan.

4. PK Petang menerangkan waktu datang dan pulang kepada murid-murid sepanjang bulan Ramadhan.


Gambar sekitar perhimpunan:






Tuesday 23 January 2024

 

       LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU 40


Hari        : Isnin

Tarikh     : 22 Januari 2024

Masa      : 7.30-8.00 pagi

Tempat   : Dewan Terbuka SK Desa Pinggiran Putra


Senarai Guru Bertugas :

1. Syahriha binti Raman (Ketua)

2. Wan Malaikah binti Wan Asha'ari

3. Mohd Muslihuddin bin Mohd Noor

4. Suryana binti Shuib

5. Siti Nur Ain binti Abdul Rahman

6. Nuru Huda Hanani binti Ab Ghani




        Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, lagu           Negeri Selangor, lagu rasmi Sekolah dan bacaan ikrar oleh Puan Syahriha.










        Majlis penyampaian sijil dan hadiah kepada penerima hadiah yang berikut : 

        1. Anugerah TV PSS (Sepang) merangkul gelaran Johan
        2. Anugerah TV PSS (negeri) meraih saguhati
        3. Pertandingan Let's Doodle sempena Minggu PSS















        
        Ucapan Puan Guru Besar :

        1. Puan GB memaklumkan kehadiran Encik Shahrizal bin Ya'am sebagai Guru Besar             pelatih di SK Desa Pinggiran Putra.

        2. Memaklumkan kepada semua murid bahawa projek bumbung sekolah sedang dalam         pembinaan.  Murid-murid diminta untuk tidak bermain berhampiran dengan kawasan            pembinaan tersebut.

        3. Sekolah akan mengadakan Hari Apresiasi dan Graduasi pada 27.01.2024. Mohon            kepada semua murid yang terlibat untuk memberikan kerjasama dengan sebaiknya. 







 

Sunday 21 January 2024

TAKLIMAT & PENDAFTARAN TAHUN 1 SERTA PRASEKOLAH 2024/2025

Pada hari Selasa, 16 Januari 2024, bertempat di Dewan Terbuka SK Desa Pinggiran Putra telah berlangsungnya Taklimat & Pendaftaran Tahun 1 serta Prasekolah bagi sesi 2024/2025.

Ibubapa yang hadir telah diberikan taklimat tentang pengurusan persekolahan oleh barisan pentadbir sekolah. Selepas taklimat, ibubapa berurusan pula dengan guru-guru kelas bagi urusan pendaftaran anak masing-masing.

Taklimat dan pendaftaran ini telah berlangsung dengan lancar dan diharapkan agar ibubapa yang hadir jelas tentang maklumat pembukaan dan perjalanan sekolah bagi sesi 2024/2025 nanti.

Tahniah dan syabas buat ibubapa yang hadir.











Laporan disediakan oleh:
Pn. Intan Nazira bt Bahri

Sunday 17 December 2023

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BADAN BERUNIFORM SK DESA PINGGIRAN PUTRA 2023





Pada 8-10 Disember 2023 yang lalu, telah dilaksanakan program Perkhemahan Perdana Unit Badan Beruniform SK Desa Pinggiran Putra. Perkhemahan Perdana ini merupakan program tahunan sekolah yang dianjurkan oleh unit Kokurikulum. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan ini berlangsung yang mana ianya melibatkan sejumlah 93 orang murid tahap dua. Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah seperti:

·       Taaruf dan ice breaking/blended

·       Solat berjemaah tazkirah, selawat, bacaan surah dan doa

·       Pelaksanaan 15 modul perkhemahan

·       Persembahan

Alhamdulillah semua yang dirancang telah dapat dilaksanakan dengan lancar dan baik sekali. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Perkhemahan Perdana Unit Badan Beruniform terutamanya Guru Besar, pihak pentadbiran, penyelaras, jawatankuasa,  En. Zailani berserta team, guru-guru, peserta perkhemahan dan ibu bapa/penjaga. Terima kasih atas usaha dan kerjasama dalam menjayakannya.  


Berikut merupakan sebahagian momen yang dirakam sepanjang Perkhemahan Perdana dijalankan.




























Terima kasih dan selamat bercuti  😍😎